|
1
|
|
|
2
|
- Dikenali sebagai Penyambut Tetamu, Pembantu Majlis atau wakil tuan rumah.
- Penyambut tetamu mempunyai tanggungjawab yang besar dalam melicinkan
perjalanan majlis.
|
|
3
|
- Persediaan peribadi sama ada dari segi fizikal atau psikologikal.
- Mengenakan pakaian yang seuai dengan majlis atau pakaian seragam yang
telah disediakan.
- Menyemak senarai jemputan yang akan hadir dan menyemak tempat duduk yang
telah disediakan.
- Mengenali tetamu yang akan hadir.
- Menyambut ketibaan tetamu.
- Mengedarkan buku program kepada tetamu.
|
|
4
|
- Mengiringi tetamu ke tempat duduk.
- Mempersilakan tetamu duduk.
- Memberi apa-apa maklumat yang dipinta oleh tetamu.
- Membantu tetamu dalam sebarang keadaan yang termampu.
- Menjaga ketenteraman majlis.
- Menjaga keselesaan tetamu.
- Memerhatikan keselamatan tetamu.
|
|
5
|
- Perwatakan yang baik dan menarik.
- Tingkah laku yang sopan dan berbudi bahasa.
- Berpakaian kemas dan menarik.
- Pergerakan pantas supaya dapat melaksanakan tugas dengan cekap.
- Cekap dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.
- Peramah.
- Berani ke depan.
- Bertanggungjawab.
|
|
6
|
- Mengenali tetamu yang hadir.
- Sentiasa bersikap sabar dan bersedia membantu.
- Mahir dalam teknik menyambut dalam pelbagai majlis.
- Sentiasa melemparkan senyuman.
- Mahir dalam bidang protokol.
- Mengakui kesilapan dan memohon maaf.
|
|
7
|
- Pastikan atur cara program.
- Kenalpasti semua aktiviti yang hendak dilakukan.
- Kenalpasti pegawai yang bertanggungjawab untuk setiap aktiviti.
- Tentukan dateline.
- Kenalpasti tempat-tempat penting.
|
|
8
|
- Tiba awal dan lapor diri kepada pegawai yang bertugas.
- Membuat semakan terakhir senarai kehadiran.
- Pertuturan dan kelakuan yang sopan.
- Sentiasa menjaga maruah diri dan tuan rumah.
- Gaya diri yang sopan, anggun dan menawan.
- Sentiasa berpakaian kemas dan sempurna.
- Kebersihan diri perlu dijaga rapi.
|
|
9
|
- Bersedia menunggu ketibaan tetamu.
- Senyum.
- Tegur dulu.
- Semak senarai kehadiran atau lihat kad yang dibawa jika tidak kenal
tetamu.
- Panggilan hormat untuk tetamu yang berkenaan.
- Bertanya khabar.
- Sampaikan buku program.
- Mengiring tetamu ke tempat duduk.
- Mempersilakan tetamu duduk.
- Mohon diri untuk bertugas.
|
|
10
|
- TUJUAN MAJLIS
- Penyambut tetamu hendaklah mengetahui majlis yang sedang diadakan
sekurang-kurangnya tujuan majlis itu diadakan
- MEMAHAMI ATUR CARA MAJLIS
- Penyambut tetamu mestilah mengetahui atur cara majlis yang berkenaan
terutamanya waktu-waktu yang ditetapkan bagi tetamu sampai dan balik
serta waktu rehat (jika ada rehat) atau waktu jamuan ringan
|
|
11
|
- SUSUNAN TEMPAT DUDUK
- Susunan tempat duduk perlu diketahui oleh penyambut tetamu supaya senang
untuk memandu atau menunjukkan tempat duduk tetamu berkenaan
- Biasanya pelan tempat duduk akan dibekalkan dua tiga hari sebelum majlis
dijalankan atau diletakkan dihadapan dewan pada hari majlis berlangsung
|
|
12
|
- KAWASAN YANG DIPERUNTUKKAN UNTUK TETAMU
- Penyambut mestilah mahir dengan tempat dan kawasan yang diuntukkan
baginya menyambut supaya memudahkan pergerakan dan tidak tertanya-tanya
kepada orang lain. Jika tidak, rujuk kepada pegawai yang bertugas.
- TEMPAT-TEMPAT PENTING
- Penyambut hendaklah mengetahui tempat-tempat yang penting seperti
tandas, tempat rawatan, tempat jamuan dan lain-lain yang difikirkan
mustahak dan perlu diketahui oleh tetamu
|
|
13
|
- SENARAI TETAMU YANG DIJEMPUT
- Penyambut mestilah mempunyai ringkasan senarai dif-dif keseluruhannya
yang akan hadir ke se suatu majlis yang berkenaan dan seboleh-bolehnya
mengenali dif-dif tersebut
- SENARAI TETAMU KENAMAAN
- Selain daripada senarai semua tetamu yang dijemput, senarai tetamu khas
(yang ada tag nama) yang akan disambut hendaklah juga diketahui dengan
lancar. Penyambut khas diperlukan bagi tetamu ini.
|
|
14
|
- PAKAIAN PENYAMBUT
- Penyambut hendaklah memakai pakaian yang sesuaidan sempurna mengikut
keraian yang sedang diadakan. Pakaian terdedah bagi perempuan adalah
dilarang sama sekali.
- Pakaian seragam atau memakai tanda penyambut seperti Rozette adalah
digalakkan. Elakkan berpakaian sempit yang akan menyukarkan pergerakan.
|
|
15
|
- KETIBAAN PENYAMBUT
- Penyambut tetamu hendaklah tiba satu jam lebih awal dari masa tetamu
dijangka tiba. Penyambut tetamu hendaklah melapor diri kepada pegawai
bertugas dan mengambil senarai tetamu yang baru (jika ada).
- Penyambut hendaklah memeriksa semua tempat duduk dan bandingkan dengan
senarai tetamu yang disenaraikan untuknya.
|
|
16
|
- CARA MENYAMBUT
- Tetamu hendaklah disambut dengan hormat dan berikan buku program (jika
ada) dan kemudian tunjukkan tempatduduk dengan cara memandunya secara
hormat.
- Menyambut dengan muka yang manis serta berikan ucap selamat seperti Assalamualaikum
/ selamat pagi (mana yang berkenaan)
- Penyambut boleh jalan beriring atau kehadapan sedikit dan tidak
dibelakang tetamu
|
|
17
|
- PERTANYAAN DAN TEGURAN
- Jika terdapat sebarang pertanyaan daripada tetamu hendaklah dijawab
dengan sopan.
- Jika ada teguran daripada tetamu yang kurng senang didengar, hendaklah
mendiamkan diri sahaja tetapi ambil ingatan. Jangan sekali-kali
bertengkar dengan tetamu atau memberi maklumat yang anda sendiri tidak
pasti
|
|
18
|
- KESULITAN
- Jika menghadapi kesulitan atau masalah hendaklah segera merujuk kepada
pegawai bertugas. Dengan itu, penyambut mestilah tahu pegawai yang
bertugas pada masa itu.
- SENYUM SELALU
- Penyambut tetamu hendaklah senantiasa tersenyum supaya wajah kelihatan
berseri dan mententeramkan hati tetamu
|
|
19
|
- CARA MENUNJUK
- Cara memujuk adalah dengan menggenggam jari kanan dan menggunakan ibu
jari dan jangan gunakan jari telunjuk
- MENYAMBUT DI DALAM DEWAN
- Ini biasa dilakukandan penyambut tetamu mestilah mahir dengan:
- Senarai jemputan
- Pembahagian tempat
- Pembahagian tugas
|
|
20
|
- MENYAMBUT DI LUAR DEWAN
- Ini lebih rumit daripada menyambut tetamu di dalam dewankerana banyak
tempat ketibaan. Oleh itu perlu ramai bilangan penyambut.
|
|
21
|
|